KBI Group dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan YBhg. Dato’ Romli Ishak sebagai Pengerusi Baharu KBI Group, berkuat kuasa serta-merta.
YBhg. Dato’ Romli membawa bersama pengalaman luas dalam bidang keusahawanan teknologi, pengurusan korporat, dan pembangunan industri bioperubatan selama lebih dua dekad. Kepimpinan beliau diyakini akan memperkukuh hala tuju strategik KBI Group dalam memperluaskan pertumbuhan dan inovasi pada masa hadapan.
Dalam masa yang sama, YBhg. Dato’ Wira Wan Ahmad Uzir, yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Pengerusi, akan terus bersama KBI Group sebagai Penasihat (Advisor). Pihak pengurusan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kepimpinan dan sumbangan besar beliau sepanjang menerajui organisasi ini.
KBI Group menzahirkan komitmen untuk terus maju di bawah bimbingan kepimpinan baharu dan sokongan berterusan daripada semua pihak.
#KBIGroup #LeadershipAnnouncement #DatoRomliIshak #DatoWiraWanAhmadUzir #CorporateUpdate